Rabu, 2 April 2014

Percutian Kami Di Hong Kong

Sambungan Jakarta... Setibanya di pintu tanahair, hubby aku tetiba jer buat suprise.
Belum hilang lagi angin jakarta kat kepala aku ni...sbb aku dok terpikir-pikir, kenapalah cepat sangat hari berlalu bila bercuti ya!!


Terkejut lamunan aku, bila hubby yg menghilang kjp td terpacul depan aku dgn dua tiket ke Hong Kong....................Merancang untuk bercuti di hong kong mmg dah lama dihati..namun seorang suami sentiasa penuhi kehendak isterinya ....itulah hubby aku! Gila-gila dia mmg dari couple lg...huhu , bab tu aku cerita dlm part lain nanti.hehe (honeymoon part pun bakal tiba).

Aku ada kurang 24jam utk prepare luggage ke HK, penat mmg penat time preggy 6 bln nih, tp HK nya pasal, semangat giler nk jejak bumi HK tu... Ala-ala bacpacker gak kali nih n yg penting aku ngan hubby jer kali nih..(hubby ckp, dia offer gak sibling dia join sekali... Adik dia ckp' giler lah abg man nih..kan kita baru balik Jakarta?)

Setibanya kami di HKIA dah agak  petang... flight 3jam setengah, pehh ,nasib baik byk seat kosong... Flat bed ler kitorang:-) sesi wajib kami bergambar di airport itu dah semestinyalah.. dalam istilah bercuti adalah bergambar..memandangkan kami planning bercuti last minute jadinya takdelah tour guide..suamiku lah tercalon untuk jadi tour guide..dengan berbekalkan juga IPHONE 4 tu.. lahh... misi  yang utama kami.. perlu mencari hotel.So...hotel hillview Stanford jadi pilihan..pada malam yang sama selepas checkin kami keluar mencari makan..juz  cari makanan ringan je (snacks) cari lah ala ala 7eleven  tapi kat sana mini market V n GO dapatlah beli cheese,bread,milk and chocolate.

Hari kedua di hongkong,kami bersarapan di mc cafĂ© (McDonald la..) terus dapatkan teksi untuk menuju ke next destination Peak Trem Sky dengan harga $65 suasana terasa sejuk..sejuk nya cam kat genting highland...setibanya  diatas dapat melihat permandangan yang cantik . selain itu kami dapat bergambar dengan model lilin selebriti (macam house of wax)..hari pun semakin mengejar ke petang dan kami perlu mengisi lagi masa untuk menuju ke tempat yang lebih  menarik...tapi agak mengecewakan saat untuk mengisi percutian kami itu ..perutku seperti memulas ..nak kata memulas cam nak bersalin  tak jugak sebab baru 6bulan..dan kami terus mencari  klinik yang berdekatan..jumpa pulak ha.. klinik Active Care Medic (ACM) bukan klinik ibu dan anak ok...Doktor nya  macam muka Jackie chan jerr..(tapi sekali pandang jer...) beritahu diriku terkena food poisoning, not so serious..selagi boleh makan dan minum boleh lah berjalan lagi.....huhuhu lah time tu...kami terus berjalan mencari restoran halal..

Pada sebelah malam pula kami terus menikmati salah satu tempat yang menarik yang dipenuhi warna langit mengelilingi kota hong kong dengan berjuta lampu.dengan peluang yang ada itu kami bergambar pula  di Hongkong Avenue Of Stars disitu terdapat pelbagai cetakan tangan selebriti bintang kung fu  BRUCE LEE wauuuu rasa juga tangan nya.....hampir tengah malam kami di situ...menyinggah sekejap di Ladies Market tempat nya seperti petaling street..menjual pelbagai barangan antaranya beg,bajuT- shirt, FM and souvernir yang boleh dijadikan sebagai kenangan...

Sesudahnya masuk hari ketiga..terus checkout dari hotel hillview Stanford dan dapatkan teksi dari hotel ke  Hong Kong Disneyland.. sampai ke Disneyland beratur untuk dapatkan ticket ..ramai jugak lah orang yang beratur termasuk lah diriku yang preggy bawa baby dalam perut ni.... Bayaran masuk. pula $HK$399.Sangat best lagi lagi preggy baby girl ..so sangat suka pada mickey & Minnie mouse..suamiku sangat sporting melayan kerenah aku time tu dan sangat tersentuh lagi bila hubby bagi special gift watch from Disneyland...thanks sayang..

Hampir malam.. kami bertolak dari Disneyland ke airport, masa untuk kami pulang ke Malaysia..percutian ini hanya 3 hari 2 malam dengan penuh  satu penceritaan yang boleh dikongsi dengan blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan