Percutian ke Phuket Thailand

SADAO BORDER (Danok)

Sawa dee Kapp...Berkongsi cerita kami bercuti di Thailand... percutian yang ringkas dan tenang..apa yang ringkas ..tak perlu nak booking flight ke atau guna tour guide...
Hubby saya  kalau bab travel Siam nie, dia prefer sangat self driving, katanya uji ketahanan mental dan fizikal .... yer ker ? cuma nak info .. petrol di siam sangat mahal so, isilah full tank di bkt kayu hitam ya...!

Hari pertama  kami sampai di Pekan Danok..suasana pagi sama dengan Malaysia jerr..disana banyak  penjaja yang menjual makanan halal (Muslim Food) seperti ayam goreng dimakan dengan pulut..so..itu satu feveret hubby lah tu...Pekan dannok yang begitu meriah dengan orang  orang menjual pakaian ditepi tepi jalan ..selain itu ada perkhidmatan urut kaki di kaki jalanan..saya tak terlepas peluang untuk urut kaki juga..harga nya pula 250 bath..oh yer sebelum meneruskan perjalanan  ke hatyai oleh kerana menaiki kenderaan sendiri.hubby perlu ambil Insuran Kenderaan Thailand.

Insuran nya 150 bath boleh guna untuk 7 hari..paling penting perlu bawa  Salinan Geran kereta untuk diuruskan oleh ejen... sampai jer border, tengok sebelah kiri deretan kedai tu.. ada money changer dan ejen insuran.

HAT YAI

Menuruskan perjalanan ke hatyai...suka sangat lihat suasananya..lebih kepada suasana kampung.bagi saya dan hubby drive sendiri ...rasanya tak susah pun.. dan lebih adventure tambahan lagi boleh stop ke  suatu destinasi sesuka hati....ok,perjalanan dari pekan Dannok ke Hatyai mengambil masa kurang 1 jam..perkara utama kami perlu check in dulu  di  The Regency Hotel Hatyai yang dah booking semasa  dalam perjalanan  ke hatyai. Selepas itu kami mencari kedai makan muslim yang majority di monopoli oleh kaum pattani dan diorang ni boleh berbahasa melayu dengan baik, hubby pun banyak juga berbual dan bertanya dengan diaorang untuk tips tips ke Krabi, maklumlah 1st timer kan.

HALAL FOOD

Waktu  ni agak susah bagi kami untuk mencari kedai makan..sebabnya kedai makanan muslim selalunya di buka pada waktu petang hingga ke malam..Opppss...nasib menyebelahi kami...terjumpa pulak Restoran hamid (Mamak Muslim) ,beroperasi dari pagi hingga petang...restoran nya terletak berdekatan dengan shopping Complex Lee Garden Plaza tempat yang pernah di BOmm...sebelum ini. Menu universal tapi bagi saya, agak mahal sikit compare dengan restoran Tom Yam pattani lain.. anyway..ngap ajerlah sebab lapar kan.. tapi saper yang nak meratah lauk ayam udang burung, boleh beli kat depan hotel Lee Garden, sebelah Novotel betul. Halalan Toiyiban. 

Di sebelah malam,kami masih di hatyai.. Hotel kami berdekatan dengan Lee garden Plaza tempat tumpuan orang ramai...so..suasana malam sangat meriah...pelbagai barangan boleh dilihat dan dibeli..barangan nya juga unik.bagi saya kurang untuk membeli lebih memilih kepada mencari makanan..sebab di sana selera makanan bertambah..paling best Pulut Mangga ..uhh syok tu dapat makan pulut mangga...

SONGHKLA (Tugu Mermaid)

Oh..ok ..Misi- hari kedua...bangun pagi dan breakfast..selepas itu kami bergerak ke songkhla.dari Hatyai ke Songkhla ambil masa 45minit ajer..pekan songkhla  ni kecil berbanding  dengan pekan hatyai. Otw Songhkla tu, sempat berhenti kat tepi jalan sebab Nampak kakak bertudung bukak gerai.. apalagi Nasi Goreng Seafood ler...pehhh, hubby makan nasi lauk ikan sepat masak asam. terliur katanya. Tak mahal, dalam 180 baht jer.. worth it lah kan dlm 18 ringgit jer.

hubby benti kat tepi laut songkhla..ku pikir laut, time tu..rupanya tasik..mula lah hubbyku jadi cikgu sejarah Thai..menurutnya''Songkhla terletak di muara Tasik yang menghubungkan tasik tu dengan teluk Siam..Menurutnya lagi'' mengikut sejarah kawasan Hatyai,Songkhla,Pattani dan satun adalah Tanah melayu..ooo..aku pun bergambar aje lah kat situ..sebelum hari petang..hubby  kata perlu cepat-cepat,lepas ni ke next destination ' Krabi Island.. '

HAT YAI - PATTALUNG -  KRABI


Pehh.. Hybrid kitorang dah menjelajah Thailand, mcm x percaya kan' hubby cakap kalau sampai.. sampailah, kalau x sampai.. kita tidur ajelah kat Pattalung.. ada jugak hotel yang macam kapal tu.. gambar ada tapi belum upload lagi.. nti update ya..! Perjalanan langsung x membosankan dan sesiapa yang pertama kali melalui jalan ke krabi mesti teruja sebab sepanjang perjalanan anda pasti akan melintasi masjid-masjid yang kebiasaanya berhampiran jalan besar.. tiada masalah untuk solat di Thailand. Jalan masuk ke pantai Aonang pun anda akan melalui masjid Aonang.



Sampai  di Krabi dah nak sunset tapi sempat juga jelajah pantai dan cari makan malam di gerai tepi pantai , menu nasi goreng seafood satu kemestian sebab Thailand ni guna udang dan sotong segar.

Lokasi pantai yang amat menarik ialah di Aonang dan sempat juga surf Agoda utk hotel (Booking kat Agoda Jerrr) Hotel Resort Phrang nang inn jadi pilihan..so..sebelum checkin.makan dulu lah..di sini Kulihat nak cari makanan muslim bersepah ditepi jalan..maksud nya xde masalah nak makan..sepanjang perjalanan pun dah Nampak masjid..berdekatan dengan masjid pun semuanya jual makanan halal.menunya lebih kepada nasi Goreng Padprik Tomyum..Nasi Goreng Seafood,Tomyum Seafood  semuanya lah menu menu masakan Thai..

Di malam hari (Krabi).kami berjalan di deretan kedai kedai sambil cuci cuci mata nih..tak beli pun..melihat keindahan pulau krabi dan, rata-rata perlancong nya lebih ramai pelancong mat salleh .. malam tu kami memilih Restoran makanan western ala ala thai...dan dessert nya nenas madu... sangat popular jika berkunjung di pantai krabi..menyusuri deretan kedai dan pantai tu, banyak ejen tour yang offer ke pulau James BondPhi Phi Island yang memang popular dengan kebiruan airnya  .. tapi sayang nya ...keesokan hari kami  akan menuju ke destinasi ketiga --Phuket.. so..tak dapatlah join aktiviti snorkeling kat Phi Phi Don esok paginya hmm ..xapa lah akan datang lah yer... Malam ni tidur puas-puas sebab esok nak travel dalam 3-4 jam lagi..mcm tadi jugak, katanya,  so Mr Hubby, tidur lah ya.. hehe

Masuk hari ketiga,-di pagi hari kami perlu breakfast.. yang telah disediakan oleh Phrang nang inn...just amik roti bakar dgn mentega dan kopi o, yg lain no komen lah. Selesai sudah,bergerak terus ke arah Phuket yg akan mengambil masa lebih kurang 4jam perjalanan .kami tak singgah mana-mana tempat pun cuma isi minyak kereta kemudian beli maggi makan dalam kereta..tepat jam 11.30 kami sampai ke Phuket..just sharing, isi full tank di Shell Krabi, hampir tiga kali ganda dari harga minyak kita, so beruntunglah kita di Malaysia ni.

KRABI - PHUKET


Ke Phuket memang x susah sebab anda boleh nampak sepanjang perjalanan banyak van commuter dari Hatyai dan Bangkok untuk ke Phuket, just follow jer. Lokasi nih mmg popular untuk mat salleh yang pilih untuk merasai suasana pantai ala Miami di Asia. Hubby pilih untuk follow google map sajer sbb free n easy untuk berhenti solat dan psss.On the way Phuket agak susah sikit nak cari Muslim Food, tapi jika anda telah melepasi jambatan Phuket, carilah masjid dan pasti ada gerai muslim.. so makanlah dengan yakin. menu di sana kali ni ialah mee celup daging dan juga nasi dengan sup daging.

Perkara utama mestilah checkin so... yang jadi pilihan ialah pantai Patong beach hotel..pantai Phatong diambil mungkin sempena patung budhha yang terletak di salah satu bukit mengadap laut, boleh Nampak saper yang masuk ke phatong beach ni.Pantainya sangat cantik dan bersih..dan tempatnya lebih happening (The Night Life...:})biarpun suatu ketika dulu Pantai ini pernah menjadi perhatian dunia kerana pukulan ombak tsunami.tapi masih ramai pelancong yang menjadikan  Phuket sebagai pilihan bercuti...OK OK OK...yang Paling penting kalau pergi ke Thailand tak terlepas dengan Thai Massage..bagi peluang pada hubby lah.. (for massage Thai 2 hours) tapi berteman lah kan, !!...penat tu drive dah masuk hari ketiga ni...tapi masih tersenyum..dan membahagiakan diri ku ini....

Soal menjamu selera memang tak de masalah...kebanyakan Restoran Halal dari segi masakan Antarabangsa, masakan Thai..Nasi Kandar Penang Pun ada (bukan nasi kandar lebuh chulia yer) selain itu masakan Arab (Timur Tengah) pun adaa...haaa semua ada kan..hubby yang enjoy pasal makan ni memilih Restoran Sea Food yang bertoke kan  orang Arablah untuk merasai Lobster cheese Baked, 1st class,  mengaummm bunyi perut aku ni....

BANGLA STREET


                                     
Untuk family, agak kurang sesuai dan terpulanglah pada anda untuk menilaikannya , anyway best for cuci mata dan memang betul lah mcm pantai Miami, rata-rata Mat Salleh.yang monopoli bisnes di Phuket ni so... datang dan tengok sendiri ya.. No komen


Menyusuri di kaki lima kedai memang best sbb suka window walau x beli kan dan lokasi wajib ialah Hard Rock Café Phuket, mesti beli T-Shirt HRC dia dan kali ni dapat free gelas Hard Rock. Tq

                                        

                                                                          SOUVENIR


Antara souvenir yang sempat kami beli untuk para Sibling....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan